Friday, November 20, 2009

SIASAT STATUS SIJIL ANAK NEGERI YB SRI TANJUNG

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Sekong, Datuk Samsudin Yahya kelmarin menggesa pihak Polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat Adun Sri Tanjong, Jimmy Wong Sze Phin yang didakwanya mempunyai taraf Sijil Anak Negeri yang meragukan.
 
Beliau yang membuat dakwaan itu, ketika membahaskan Bajet Negeri 2010 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mengambil tindakan saman dan undang-undang serta caj terhadap Adun DAP Sri Tanjong itu mengikut peruntukan yang ada.

Beliau yang turut menunjukkan beberapa bukti yang menyokong dakwaannya itu ketika perbahasan itu berkata, ini termasuk pencerobohan tanah dan kawasan taman permainan, rumah Adun berkenaan.

Perang mulut berlaku antara kedua-dua wakil rakyat itu apabila Samsudin berkata YB Pembangkang itu tidak layak menjadi Ahli Dewan.

Katanya, berdasarkan bukti-bukti yang kukuh dan sahih, saya syorkan kepada Dewan yang mulia ini, agar hak-hak kelayakan beliau (Jimmy) dilucutkan serta-merta.

“Saya membangkitkan perkara itu bukan untuk mencari kesilapan mana-mana pihak, prinsip saya mudah sahaja “berani kerana benar, takut kerana salah…kalau ini tidak benar, saya cabar beliau (Sri Tanjong) letak jawatan, kosongkan kerusi DUN dan biarkan rakyat menentukan kedudukan beliau,” tegasnya.

Menurutnya, ini adalah amanah dan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat bagi memastikan rakyat Sabah khususnya pengundi di DUN Sri Tanjong, tidak lagi terus di perdaya oleh Adun itu.

“Sri Tanjong selalu melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan, bercakap bohong di Dewan yang mulia ini, kononnya menjadi hero membela rakyat,” ujarnya.

Pada ketika ini Jimmy berdiri dan memberitahu Speaker (Datuk Juhar Mahiruddin) bahawa Samsudin telah menyeri peribadinya.

Menyokong dakwaan Samsudin itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban yang juga mendakwa Adun Seri Tanjung telah menjalankan projek di Tawau yang boleh menjejaskan alam sekitar.

Sementara itu, ketika ditemui di luar Dewan, sama ada beliau akan membuat laporan polis dan kepada SPRM terhadap dakwaannya di dalam Dewan itu, Samsudin berkata, terserahlah kepada sesiapa yang akan membuat laporan, oleh kerana beliau akan berangkat ke Tanah Suci Mekah malam ini untuk mengerjakan Haji.

Monday, November 16, 2009

Projek beri manfaat kumpulan besar dilaksana - Shafie



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal 

Kerajaan hanya akan melaksanakan projek-projek pembangunan di seluruh negara sekiranya ia mampu memberi faedah kepada kumpulan penduduk yang ramai.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberitahu, keputusan itu dibuat bagi memastikan projek yang dilaksanakan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk setempat secara keseluruhan.

''Sebelum ini, projek-projek yang dijalankan tidak mengambil kira manfaat kepada rakyat sehinggakan jalan yang dibina di sebuah kawasan hanya memberi faedah kepada kumpulan kecil, misalnya sebuah projek jalan di Kedah didapati ia hanya untuk menghubungkan dengan sebuah kawasan tanah perkuburan.

''Maka pada masa sekarang, kerajaan akan memastikan setiap projek yang dijalankan mestilah mengambil kira faedah dan manfaat kepada rakyat seramai mungkin serta tidak tertumpu kepada kumpulan kecil sahaja,'' katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap melancarkan Buletin Lembah Pantai dan Malam Mesra 1 Malaysia anjuran UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Shafie seterusnya meminta pemimpin-pemimpin UMNO berkhidmat kepada rakyat dan bukan meminta rakyat berkhidmat untuk mereka.

Katanya, sekiranya mereka berkhidmat kepada rakyat, pada pilihan raya umum akan datang, kawasan-kawasan Parlimen yang sebelum ini jatuh ke tangan pembangkang akan kembali semula kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Sementara itu, Raja Nong Chik dalam ucapannya meminta setiap aktiviti dan bantuan yang dilakukan oleh ahli dan pemimpin UMNO perlu diberi publisiti meluas bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu berkhidmat untuk mereka.

Katanya, selama ini, UMNO banyak menjalankan aktiviti membantu rakyat, tetapi tidak ada satupun yang dilaporkan oleh pihak media dan keadaan ini menyebabkan rakyat beranggapan bahawa parti itu tidak berkhidmat untuk mereka.

''Bermula dari sekarang, setiap aktiviti yang dijalankan perlu diberi publisiti, walaupun ia hanya bantuan kecil kerana perkara ini dilakukan oleh pihak pembangkang.

''Pembangkang mengambil kesempatan daripada aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan, walaupun ia hanya satu bantuan kecil, tetapi dilaporkan oleh pihak media,'' katanya.
SUMBER

Wednesday, November 11, 2009

MAJORITI SAMBUT BAIK KEPUTUSAN SALLEH


Datuk Salleh Tun Said tidak bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua USIA.

KOTA KINABALU: Majoriti ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di negeri ini menyambut baik keputusan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua USIA pada mesyuarat agung 13 hingga 15 November ini.

Ketua USIA Bahagian Kuala Penyu, Awang Hashim Awang Damit berkata, keputusan Salleh yang juga Ketua Umno bahagian Kota Belud perlu dihormati di mana beliau telah meletakkan kepentingan perpaduan masyarakat Islam lebih utama daripada jawatan.

SELANJUTNYA.....
http://www.keruak.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=971:majoriti-sambut-baik-keputusan-salleh&catid=40:terkini

Tuesday, August 18, 2009

USBO WADAH PERJUANGAN BARU

1. Pada lazimnya sejak dahulu, setiap suku di Pulau Borneo mempunyai, Datu, Sharif, Panglima, Pangiran dan sebagainya sebagai ketua atau penghulu. Semua kebajikan dan permasalahan diurustadbir berlandaskan adat dan tradisi dan bukannya "persatuan-persatuan" bangsa sendiri.

2. Sebelum dan di awal kemerdekaan cara membela "hak" suku berlainan. Hampir semuanya "diwakili" parti politik.

3. Rumpun Kadazan di lindungi UPKO; Dusun "berkudakan" Pasok Momogon; Cina "dengan" SCA dan Bumiputera Islam berpaut pada USNO.

4. Masa belalu sekelip mata, pembelaan hak suku-suku juga turut berubah. Kalau sebelumnya hak dilindungi oleh parti politik semata-mata, pembelaan diperkuatkan oleh "persatuan-persatuan" suku bangsa.

5. Tren ini menjalar dengan luas sehingga semua bangsa di Sabah dibela persatuan-persatuan suku yang bermatlamat khas. Suku Bajau ada PSBB; Dusun di bela oleh USDA; Kadazan bernaung pada KCA, Iranun dengan PISBA dan dipendekan cerita setiap suku bangsa telah mewujudkan persatuannya.

6. Pendekar Cahaya telah menghayati perkembangan ini. Ada persatuan yang aktif dan agresif dan ada persatuan yang kaku-lesu dan banyak persatuan pula yang terkulai mati.

7. Pendekar Cahaya dapat perhatikan iaitu persatuan yang dipimpin oleh individu yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan negeri dapat berfungsi dengan memuaskan. Contoh klasik KCA yang kini bergelar KDCA, sejak ditubuhkan prestasi kerjanya menakjubkan.

8. Ada suku yang bertanya, "Kenapa perlu ditukarkan nama - dari KCA menjadi KDCA -?"

9. Jawapan ringkasnya, "Itu namanya perubahan yang dilandaskan kepada permaufakatan. Perubahan ini mengakibatkan perpaduan di antara Dusun dan Kadazan."

10. "Tidak bolih dinafikan oleh sesiapa bahawa KDCA mempunyai pengaruh yang luar biasa", hujah Pendekar Cahaya. "Tahu mengapa?", Pendekar Cahaya bertanya pula seolah-olah dia tak tahu sebab-sebabnya.

11. "Siapapun tahu sebabnya", tambah Pendekar Cahaya. "Antaranya, KDCA mempunyai ramai suku yang bernaung di bawah panji-panjinya seperti, Kadazan, Dusun, Lutod, Tambanua, Kimaragan dan sebagainya", Pendekar Cahaya menjelaskan seterusnya.

12. Pepatah Melayu ada mengatakan, "Kalau baik buat teladan, yang tak baik buat sempadan". Pendekar Cahaya menjelaskan.

13. Itu sebabnya Pendekar-Pendekar Cahaya yang serumpun dan sebangsa telah bermuhasaba diri dan telah sepakat untuk mencontohi KDCA.

14. Dari muhasaba itu, wujudlah USBO yang bermatlamat membela suku-suku, Bajau Pantai Barat, Bajau Pantai Timor, Suluk, Kagayan, Iranun, Binadan, Yakan, Ubian, Simunul, Sibutu, Balangingngi dan lain-lain.

15. Niat Pendekar-Pendekar Cahaya USBO adalah ikhlas, mencontohi KDCA yang tersohor dan terserlah, tetapi Pendekar-Pendekar Cahaya lain bangsa mencurigai niat ini dan menuduh kononnya USBO adalah wadah Pendekar-Pendekar Cahaya yang tidak boleh dipercayai.

16. Ada juga "orang sendiri" yang tak habis-habis menuding jari, kononnya USBO adalah wadah perjuangan Pendekar-Pendekar Cahaya yang mementingkan diri atau menghidupkan politik mereka yang telah terkubur mati.

17. Pendekar-Pendekar Cahaya USBO rata-rata ilmuan dan berpengalaman. Ada pula di antara mereka yang berkedudukan di dalam parti dan kerajaan. Kalau mereka ini di syakwasangkai, mengapa kah pucuk pimpinan mempercayai mereka ini?

18. Hakikat sebenarnya kata Pendekar Cahaya, "Pendekar-Pendekar Cahaya rumpun USBO didengki dan digeruni dan bukannya bakal penentang yang tak boleh dipercayai".

19. Pada bakal-bakal Pendekar Cahaya di kalangan rumpun USBO, jangan ashik berpeluk tubuh, ambil peluang ini untuk mengembalikan martabat rumpun bangsa yang telah tercicir kerana sengketa dan kealpaan kita dimasa lalu. Berpadu dan bersatulah di bawah panji-panji USBO! dengan penuh istiqamah untuk membuang yang keruh dan mengaut yang bersih.

20. Sesungguhnya, USBO dan lah wadah perjuangan BARU untuk KAMU!

21. Pendekar-Pendekar Cahaya rumpun USBO yang sedia ada rata-rata tidak selincah seperti sewaktu muda mereka sebab di mamah usia tua. Mereka bersedia untuk "menurunkan" segala "ilmu" di dada dengan syarat kamu, bakal-bakal penganti menerimanya dengan "suci hati" dan berjanji bahawa kamu akan didikasi memperjuangkan "hak" rumpun Bangsa USBO dan jangan SAMA SEKALI BERSENGKETA di antara sesama kamu.

22. HIDUP USBO! HIDUP USBO! HIDUP USBO!, WADAH PERJUANGAN BARU RUMPUN KU.

Thursday, August 6, 2009

27 NGO Islam desak Ooi letak jawatan

Wednesday, August 5, 2009

NASIONAL
27 NGO Islam desak Ooi letak jawatanGEORGETOWN:
Dua puluh tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini mendesak Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Ooi Chuan Aun meletak jawatan sebagai Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri kerana kenyataannya mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis atau pengganas. NGO bernaung di bawah Forum Penyelarasan Umat (Forum) itu juga menuntut supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng memecatnya jika Ooi enggan meminta maaf berikutan kenyataannya menimbulkan kemarahan umat Islam. Wakil kumpulan itu, Md Roslan Hashim, berkata pihaknya kesal dengan kenyataan Ooi atas pandangan negatifnya terhadap syariah Islam yang mengaitkannya dengan keganasan.

"Forum kesal apabila beliau sebagai Ahli Parlimen di negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan jahil mengenai Islam dan mengeluarkan kenyataan berbaur jahat. "Sehubungan itu, kami menggesa beliau meletak jawatan atau Ketua Menteri memecatnya kerana ia menimbulkan kemarahan umat Islam, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam," katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Guan Eng di pejabatnya di sini, semalam. Sabtu lalu, Ooi menuduh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis Islam dengan cuba menjadikan Malaysia sebagai negara menggunakan undang-undang syariah kerana menganggotai Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Berita Harian 6 Ogos, 2009

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP