Tuesday, January 12, 2010

Salleh Ganti Tham Sebagai Penasihat Sains Ketua Menteri


KOTA KINABALU, 12 Jan (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Ketika mengumumkan pelantikan itu, Musa berkata jawatan itu berstatus menteri dan berkuatkuasa mulai 4 Jan lalu.

"Dia akan membantu saya dari masa ke semasa dan menjalankan tanggung tertentu (tugas-tugas khas) yang diberikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri di Wisma Innoprise, dekat sini, pada Selasa.

Sebelum ini, jawatan Penasihat Sains kepada Ketua Menteri disandang oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Tham Nyip Shen.

Sementara itu, Salleh, 52, mengucapkan terima kasih kepada Musa atas pelantikan itu dan berjanji akan menunaikan tugas yang diamanahkan dengan baik.

Salleh memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Politik dari Universiti Simon Fraser, Kanada serta kelayakan Sarjana (Masters) dalam Politik dan Kerajaan dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Salleh, yang juga Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO), amat berpengalaman kerana pernah menjadi Ketua Menteri Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Sabah.

Sebelum ini, Salleh pernah memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, anggota Parlimen Kota Belud dan anggota Dewan Undangan Negeri Usukan.

Beliau berkahwin dengan Datuk Seri Hajjah Raya Erom dan mempunyai empat orang anak iaitu Mohd Syarulnizam, Syazeera, Mohd Hafeez dan Syeera.

-- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Apa itu Christina Hadikusomo @ Christina Liew mau komen pasal kelulusan Datuk SP Sallah. Dia sudah kena undi tidak percaya 14-4 dalam Mesyuarat MPN Sabah pada 7/1/10 tapi masih akun Timbalan Ketua PPN SabaH.tIDAK SEDAR DIRI

Anonymous said...

Tahniah atas perlantikan Y.Bhg Datuk Seri yg mewakili masyarakat bajau secara keseluruhannya. Saya rasa berbangga dengan tertubuhnya USBO untuk mewakili dan membela nasib rumpun bajau secara keseluruhannya...Pada baru- baru saya dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa wakil dari negara Brunei Darulsalam ada membuat lawatan ke USBO (betulkan jika salah). Saya mohon di sini supaya memberi pendedahan kepada mereka dan masyarakat luar tentang kebudayaan bajau keseluruhannya dan tidak terhad kepada bajau sama kota belud terutama dari segi persembahan kebudayaan. Jgn hanya terhad kepada tarian pasu, jika boleh masukkan juga persembahan2 rumpun bajau yang lain seperti tarian daling2 or igal dsb.. Ini bagi menunjukkan kepada bangsa dan masyarakat lain bahawa kaum bajau bersatu padu tanpa memilih sub-etnik dan USBO adalah mewakili rumpun bajau secara keseluruhannya.

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP