Friday, May 30, 2008

PENTINGKAH USBO KEPADA UMNO SABAH?


(Dari Blog:http://www.amunamat.blogspot.com/)

Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said mempunyai niat murni di sebalik penjenamaan semula PSBB kepada USBO, namun dalam masa yang sama hampir seluruh rakyat Sabah melihat USBO mampu memperkuat UMNO Sabah tetapi ada segelintir ahli merasa USBO merupakan ancaman dan menghakis cengkaman mereka dalam UMNO sehingga ada melihat serong kepada USBO.

Ketandusan kepimpinan Bumiputera Islam telah membuka ruang yang cukup luas kepada Salleh untuk menjadi pemimpin ulung kepada bumiputera Islam Sabah yang telah ditinggalkan kosong oleh Tun Mustapha daripada USNO dan Datuk Harris Salleh dengan trademark Berjaya.Jika sebelum ini Bumiputera bukan Islam menganggap Tun Fuad Stephen sebagai Huguan Siou yang kini dipikul oleh Joseph Pairin Kitingan, Bumiputera Islam tidak mempunyai pemimpin ulung.

Walaupun ’pemimpin’ Islam silih berganti, datang dan pergi, namun Karisma Tun Mustapha dan Wibawa Harris masih menjadi legasi yang belum ditandangi setakat ini.“Pengaruh USBO amat penting untuk Umno kerana Bajau masih mendominasi pola pengundian hampir 44 kawasan pilihan raya DUN dan 15 Parlimen, terutama pengundi luar.

Dalam perubutan kuasa, percakaran politik, lazimnya kumpulan minoriti mendapat kuasa dan akan mengekalkan kuasa sampai bila-bila kerana mereka yang bertelagah didamaikan oleh orang luar rumpun yang mempunyai wang untuk membeli pengaruh. Oleh itu, semua pemimpin Bajau perlu bersatu di dalam USBO untuk mengekalkan jati diri mereka dan berjuang untuk semua masyarakat Sabah.“Parokial (sentimen kaum) tidak timbul langsung. Kita kena kekalkan jati diri, iaitu jangan malu mengaku Bajau jika kita adalah Jurai Keturunan Bajau (JKB). Perpecahan kaum Dusun kepada beberapa jurai keturunan menyebabkan mereka mudah diperintah kerana ada pemimpin mereka semata-mata sanggup berpecah demi kelompok kepentingan mereka di sebalik kebaikan kerana mereka dapat mendominasi politik di peringkat negeri dan persekutuan.

Sejauhmana taktik Datuk Seri Panglima Musa Aman yang gagal menyesuaikan diri dan memberi nilai tambah kepada pemimpin Bajau, sebaliknya mula mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan menaja kumpulan serpihan USBO untuk memukat pengaruh rumpun Bajau yang ’datang tak diundang, pergi tak disuruh’.Tambahan telah menyingkir nama-nama besar pemimpin dari kumpulan Bajau pada PRU12 yang lalu seperti Datuk Seri Penglima Salleh, Tan Sri Pandikar dan Datuk (Datu) Amir Khar Tun Mustapah dll.Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Musa berpendapat hanya Umno dan bukannya badan lain yang menjadi platform untuk menyatu dan memperjuangkan nasib rumpun Melayu dan Bumiputera di Sabah. Sejauhmana kah pendapat beliau ini ada kebenaranya, sedangkan orang Melayu di semanjung mulai pudar kepecayaan mereka terhadap UMNO dalam PRU 12.

Tanpa bantuan Sabah dan Sarawak tentu sekali tidak lagi bermaya BN membentuk kerajaan Persekutuan.Sehingga kini, Sabah sudah pernah mempunyai 6 Ketua Menteri Melayu iaitu Tun Mustapha, Datuk Harris Salleh, Tun Sakaran, Salleh Tun Said, Osu Sukam dan Musa Aman, namun hanya Harris Salleh dan Musa Aman sahaja yang bukan daripada keturunan Bajau.Dalam kegemilangan memimpin USBO, agak malang juga bagi Salleh kerana terpaksa mempertahankan diri daripada serangan dari berbagai arah sehingga kehilangan dominasi politiknya. Untuk mengembalikan dominasi ini hanya ahli-ahli USBO yang masih ingat perjuangan Tun Said Keruak (ayah) dalam pasca kemerdekaan Sabah bersama kawan kawanya. Salleh Tun Said harus bermawas (bemuasabah) diri dari kecederaan ini dan dapat memperbaiki diri untuk memiminpin sukunya. Bajau iaitu sama Suluk, Binadan atau Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan, Iranun dan Jama Mapun mesti berdiri teguh di belakang beliau demi maruah bangsa.“Peranan USBO Terlalu besar.

Kita kena terima hakikat, ahli USBO begitu penting kepada Umno umpama Usia dengan USNO dahulu,” tegas Jabar (Vatern politik) yang merasakan Salleh mampu membawa kegemilangan yang pernah dilakar Tun Mustapha.Penyusunan semula jentera USBO dibuat selepas pertukaran nama Persatuan Sabah Bajau Bersatu (PSBB) kepada United Sabah Bajau Organisation (USBO) diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Ogos 2006.USBO merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk mempastikan kesejahteraan komuniti Bajau yang terdiri daripada 12 sub-etnik iaitu Iranun, Sama, Suluk, Binadan atau Bannaran, Ubian, Sama Delaut, Sibutu, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun.USBO menerima sambutan hangat daripada masyarakat Bajau terutama dengan penyertaan lebih ramai profesional untuk memantapkan perjuangan tradisi membela rakyat secara lebih komprehensif kerana sebelum ini USBO hanya melaksanakan aktiviti pembangunan kebudayaan.Ramai berpendapat USBO lebih menyerlah jika meminda perlembagaannya untuk menerima keturunan bukan Bajau menyertai persatuan itu dan menjenamakan semula USBO sebagai United Sabah Bumiputera Organisation ataupun USNO United Sabah Native Organisation sebagai jentera terpenting memastikan Umno mempertahankan kuasa Sabah.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, Salam sejahtera. Salam sudju ni ka'am kamemon danakankuh bangsa Bajau.

Apabila membicarakan bumiputera Sabah, memang tidak sah jika tidak melibatkan Bajau. Hal ini jelas bukan sahaja kerana Bajau itu antara salah satu etnik terbesar di Sabah, tetapi ia adalah antara penduduk awal kepulauan Borneo serta berperanan dalam pembangunan negeri ini sama ada sebelum merdeka mahupun selepas Sabah terbentuk. Bahkan kemerdekaan dan kewujudan Sabah adalah ditunjangi oleh bangsa ini.

Justeru itu, penubuhan USBO sebenarnya tepat pada masanya dalam usaha para pemimpin membawa masyarakat Bajau ini duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya.

USBO sememangnya sangat diperlukan oleh masyarakat Bajau jika mereka tidak 'rela' tertinggal di belakang masyarakat lain. Namun untuk menjadikan USBO mampu mengangkat martabat bangsanya sekaligus menempatkan dirinyda sebagai satu-satunya wadah yang dipandang tinggi oleh masyarakat Bajau sehingga disegani oleh rakan dan lawan, USBO tidak harus menumpukan perhatian kepada satu-satu aspek sahaja khususnya poltik.

USBO perlu mempunyai perancangan strategik yang merangkumi pendidikan, sosioekonomi, kebudayaan, pentadbiran dan politik.

Masyarakat Bajau masih ketandusan golongan profesional, anak-anak masyarakat Bajau kebanyakannya sekadar menghabiskan pendidikan di peringkat PMR atau SPM atau STPM sahaja.

Pencapaian masyarakat Bajau dalam sosioekonomi juga masih sangat tidak menggalakkan, walaupun pada satu ketika, kebanyakan Orang Kaya-Kaya adalah dari golongan bangsa ini. Dalam bidang perniagaan masyarakat Bajau bukan sahaja ketinggalan malah tidak mempunyai tempat mengadu - misalnya Dewan Perniagaan dan Perusahaan Bajau. Saya mempunyai prasangka yang baik dan optimis bahawa USBO mampu memain peranan untuk mengangkat ekonomi masyarakat Bajau melalui BIMP-EAGA dan sekali gus menyokong plan pembangunan serantau kerajaan itu.

Dari aspek kebudayaan, masyarakat Bajau amat ketinggalan sehingga tidak kelihatan kelibatnya sama ada di pentas negeri mahupun di pentas nasional. Carilah apa-apa rujukan ilmiahkah, rencanakah, berita di surat khabarkah sama ada di perpusatakaan awamkah, di perpustakaan IPT-kah atau di kedai buku, yang menceritakan mengenai Bajau atau menggunakan bahasa Bajau - pasti tak jumpa.

Justeru itu, USBO perlu bijak, ikhlas dan telus dalam memperjuangkan nasib bangsanya.

Tidak dinafikan bahawa USBO telah menjadi mangsa politik Sabah khususnya pada musim pilihanraya umum ke-12. Saya yang melihat sebagai orang dari luar (USBO dan politik) mendapati satu kesilapan USBO ialah apabila ia 'menguntumkan' dirinya pada masa suasana politik yang semakin panas. Ini telah menjustifikasikan dakwaan pihak-pihak terntentu untuk 'menjahanamkan' karier politik pemimpin Bajau yang secara kebetulan menjadi pemimpin USBO. Keadaan semakin kalut apabila di setengah-tengah kawasan pilihan raya, USBO telah dijadikan bahan kempen politik untuk meraih sokongan.

Jesteru itu, pada hemat kami, USBO perlu menyiapkan plan perancangannya sebelum Disember ini dan memulakan langkah pertamanya menjelang Maal Hijrah tahun hadapan (2009).

Sebagai orang Bajau, dan sesuai dengan matlamat kami dalam Badan Galak Pusaka, kami sentiasa menyokong segala usaha yang dilakukan oleh USBO demi memartabatkan bangsa Bajau dan keharmonian negara.

Ampununbih akuh bang nia' kaslah pamungkuh maituh.

Sekian, terima kasih

Mohd Shah Ali Hassan
Yang Di-Pertua
Badan Galak Pusaka
Sandakan

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara,

Penubuhan USBO mungkin diantara langkah-langkah yang mampu memartabatkan bangsa Bajau. Malah penubuhan tidak sesusahlah mana jika dibandingkan dengan bagaimana untuk menggemilangkan persatuan ini dan mengekalkan persatuan ini di tahap yang sepatutnya.

Saya amat tertarik dengan komen saudara tentang bahan bacaan ilmiah tentang bahasa, budaya, ekonomi dan politik bangsa Bajau.
Dari segi pergerakan dan pemantapan bahasa dan budaya Bajau, kita mungkin agak ketinggalan tetapi tidak lah sampai bahan bacaan tentang Bajau tidak dijumpai langsung. I beg to differ in this matter. Sebenarnya agak pelbagai juga kajian dan hasil bacaan ilmiah tentang bangsa kita yang dihasilkan oleh anak-anak Bajau yang tidak kurang hebatnya. Mohon baca artikel, buku dan rencana yang dihasilkan oleh Dr. Saidatul Nornis Haji Mahali(Anthropological linguistics) dan Halina Sendera Mohd Yakin (Intercultural Communication). Hasil nukilan ini tinggi nilai ilmiahnya kerana ditulis sendiri oleh anak-anak Bajau dari lensa penutur natif bahasa ini. Dalam bidang botani/taxonomi, saya pasti Dr. Kartini Saibeh selaku anak Bajau sejati sudah ampuh dalam bidangnya. Sebenarnya bangsa kita (walau tidak ramai), sudah melangkah kehadapan dan harus diberikan kredit.

Harapan saya agar USBO memanfaatkan bahan-bahan serta ahli-ahli pemikir ini untuk membantu USBO dalam memperjuangkan bangsa Bajau. Mungkin juga boleh ditubuhkan satu database untuk mengumpul dan menyimpan data-data yang berkaitan dengan pembangunan dunia bahasa, budaya, ekonomi, politik Bajau. Bajau Info Hub, maybe. Think about the possibility.
Semoga ramai lagi yang berminat untuk menyumbangkan buah fikiran di masa yang terdekat ini.

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP