Sunday, April 26, 2009

PENGHARGAAN DAN TAHNIAH.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA
YAB. DATO' SERI MOHD. NAJIB TUN RAZAK
Perdana Menteri Malaysia selaku
Presiden UMNO
Kerana telah memberi kepercayaan dan penghormatan kepada
PRESIDEN USBO
Selaku Ketua UMNO Bahagian P.169-Kota Belud DAN melantikannya sebagai
TIMBALAN KETUA PERHUBUNGAN UMNO NEGERI SABAH
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA
DSP. MOHD SALLEH TUN SAID
Presiden USBO
di atas perlantikan sebagai
Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sabah.
DARIPADA:
AHLI MAJLIS TERINGGI DAN AHLI-AHLI
USBO
Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah
(United Sabah Bajau Organisation)

Wednesday, April 15, 2009

AL FATIHAH.

AL FATIHAH
Amin, Ya Rabbul Alaamin.
----------------------------
AHLI MAJLIS TERTINGGI USBO
MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA
Dr. Haji Liddy Salun (Setiausaha Agung USBO)
dan seluruh anggota keluarganya
di atas kembalinya ayahnda beliau ke rahmatullah:
TUAN HAJI SALLUN BIN MANGKARANUN
Pada 14 Apri, 2009 bersamaan 17 Rabiulakhir 1430H.
Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan
bersama-sama
orang-orang yang mukmin.

Monday, April 13, 2009

PENGUMUMAN: Menubuhkan Cawangan

Dalam Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi USBO yang lalu, 11 April, 2009, sekali lagi dibangkitkan penubuhan cawangan baru dan memperkemaskan cawangan yang sedia wujud. Difahamkan bahawa ramai masyarakat Bajau dan rumpun USBO yang berminat untuk menubuhkan cawangan. Namun mereka tidak arif mengenai prosedur yang perlu diikuti. Oleh itu hebahan perlu dilakukan.

Sebagai panduan kepada cawangan yang hendak diwujudkan perkara berikut sewajarnya dijadikan panduan:-

Pertama: Cawangan hendaklah ditubuhkan dalam bentuk "AJK Penaja" kiranya tiada cawangan USBO yang wujud di kawasan atau cawangan berkenaan.
Kedua: Gunakan borang contoh yang dapat diakses dengan Klik bendera USBO yang terdapat di blog "side" di sebelah kanan blog ini sehingga kesemuanya dimuat turun; Klik "pdf download" yang mengandung surat-surat kebenaran, borang ahli dan "perlembagaan" pertubuhan ini.
Ketiga: "copy" borang dan "perlembagaan" ini. Sebagai panduan menubuhkan cawangan, sila rujuk seksyen-seksyen/peruntukan perlembagaan ini untuk menubuhkan cawangan. Sila patuhi peruntukan dan peraturan yang ditetapkan.
Keempat: Sila hubungi kami melalui e-mail: rangkaianusbo@yahoo.com sekiranya terdapat pertanyaan.

Kepada cawangan-cawangan yang sedia wujud, sila perkemaskan keahlian dengan menggunakan daftar keahlian yang mengandungi perkara berikut:-

Nama Cawangan:..........................
Alamat:..............................................
Daerah............................
Kawasan DUN:..................................

No. Nama Ahli: ..................No. Kad Pengenalan baru:............No.KP Lama
1. KIBIN BIN SAMAD ............591212-12-6033................... H0598296 (Contoh)
2.
3.
4.
n* (seterusnya)

Hantarkan surat menyurat anda ke e-mail: rangkaianusbo@yahoo.com atau ke alamat berikut:

Setiausaha Agung USBO,
Ibu Pejabat Persatuan Sabah Bajau Bersatu,
Tingkat 1, Lot 4, Blok D, Sadong Jaya,
88810 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
U.P. Dr. Liddy Salun.
.

Sekian Terima Kasih.
HARAP MAKLUM.

Sunday, April 5, 2009

SHAFIE, SALLEH DAN RAHIM KE BATANG AIR

Menumbuk Padi bukan sesuatu yang baru bagi Datuk Shafie.

Sebagai pemimpin-pemimpin dari Masyarakat Peribumi Sabah, Datuk Shafie Afdal, Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Rahim Ismail sudah tentu amat faham dan tidak kekok lagi dengan budaya dan cara hidup masyarakat Peribumi Sarawak.

Makanan tradisi masyarakat Peribumi Sarawak manyamai makanan Tradisi Masyarakat Peribumi Sabah. Tentunya bukan sesuatu yang asing dan baru bagi mereka.

Tuesday, March 31, 2009

PENYERTAAN USBO KE PERHUMPUNAN PERIBUMI PERKASA AMAT BERMAKNA

1. Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah, USBO telah menyertai Perhimpunan Peribumi Perkasa pada 22 Mac, 2009 yang diadakan di Dewan Sebaguna, Komplek Sukan Tenaga Nasional Berhad, Bangsar, Kuala Lumpur.

2. Seramai empat orang Ahli Majlis Tertinggi , termasuk Presidennya, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said telah menyertai Perhimpunan dan Persidangan itu. Mereka ialah En. Kibin Haji Samad-Ketua Penerangan, Encik Engineer Ajin Gagah, En. Mohd Salim Gabot dan En. Musli Haji Oli.

3. Perhimpunan ini disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Asmah Mohd. Ali turut hadir di Majlis itu. Tun Mahathir, dalam ucaptama perasmiannnya, memperingatkan orang Melayu dan Kaum Peribumi negara ini tentang kedudukan mereka yang mencemaskan. malah lebih mencemaskan dari menghadapi gagasan Malayan Union dahulu. Lantaran itu, Tun menegaskan bahawa mereka perlu untuk menghapuskan amalan-amalan yang merosakkan mereka.

4. Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said pula menyampaikan ucapannya pada Persidangan Perhimpunan tersebut. Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai perkongsian kuasa yang telah berjaya menwjudkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat negara ini dan soal-soal menghormati hak-hak istemewa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang mesti dihormati tidak wajar dipersoalkan lagi.

5. Satu ketetapan telah dipersetujui bersama oleh para peserta persidangan sempena Perhimpunan dan Persidangan tersebut. (Sila klik lambang PERKASA di "sidebar" kanan blog ini untuk mengetahui ketetapan tersebut).

6. Salleh Tun Said menyatakan bahawa sesungguhnya penyertaan USBO dalam Perhimpunan ini merupakan satu penghormatan yang amat tinggi dan berharga kepada USBO dan ahli-ahli masyarakatnya. Ianya juga, menurut beliau, menunjukkan satu pengiktirafan terhadap USBO di peringkat Nasional terhadap kewujudan USBO sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan-NGO yang begiat cergas di peringkat Negeri Sabah khasnya dan Negara Malaysia amnya.

"Perhimpunan ini untuk memperingati orang Melayu dan Peribumi tentang kedudukan mereka, betapa mereka perlu hapuskan amalan yang boleh merosakkan orang Melayu dan Peribumi." -Tun Dr. Mahathir Mohamad

Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Presiden USBO menyampaikan ucapan di Perhimpunan Peribumi Perkasa di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada hari Ahad 22Hb Mac 2009.


Sebahagian dari orang ramai yang menghadiri Perhimpunan Peribumi Perkasa pada hari itu.

Kelihatan Presiden USBO sedang menunggu giliran untuk memberikan ucapannya di Majlis tersebut.

Sebahagian dari para Peserta Persidangan Peribumi Perkasa sedang tekun mendengar ucapan dan mengikuti ucapan melalui skren besar yang disediakan.

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP