Monday, September 29, 2008

SALLEH CADANG KL ROMBAK JPN SABAH

Datuk Salleh Tun Said Keruak, Mantan Ketua Menteri Sabah dan Presiden USBO.

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Said Keruak meminta kerajaan Pusat supaya merombak dan melantik anak jati Sabah untuk menerajui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri ini.

Ketika membuat seruan itu, beliau berkata langkah itu penting bagi melenyapkan persepsi negatif orang awam terhadap JPN berhubung pengeluaran dokumen yang ada kaitan status kewarganegaraan.

"Sekiranya tidak ada pegawai kanan dari Sabah dalam perkhidmatan awam Persekutuan yang sesuai atau layak untuk memegang jawatan itu maka mereka boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah untuk melantik pegawai kanan negeri secara kontrak.

"Sepatutnya ada mekanisme untuk tujuan ini dan saya fikir sekiranya semua pihak jujur dalam hal ini, ia boleh dilakukan," katanya, di sini hari ini.

Salleh berkata demikian ketika mengulas rasa tidak puas hati UPKO dengan tindakan JPN menukarkan status kerakyatan seorang wanita berusia 78 tahun, Yong Lee Hua, daripada warga negara kepada pemastautin tetap selepas kad pengenalan wanita itu hilang di Penampang tahun lepas.

"Tindakan menurunkan kedudukan beliau daripada seorang berstatus anak negeri kepada penduduk tetap tidak boleh diterima sama sekali...tentu sekali ada sesuatu yang tidak kena. Tambahan pula terdapat dakwaan bahawa ada pendatang tanpa izin yang memperolehi MyKad secara meragukan dan ada kes tertentu yang dibuktikan betul di Makhamah.

"Oleh itu, terdapat keperluan untuk menyusun semula atau merombak struktur pentadbiran Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah untuk kebaikan semua pihak. Kita tidak mahu orang ramai mempunyai persepsi bahawa masyarakat Sino-Kadazan di Sabah adalah warganegara kelas kedua dan bukan berstatus anak negeri," katanya.

Sabtu lepas, Timbalan Presiden UPKO Datuk Wilfred Bumburing dilaporkan berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN jika kesilapan dalam kes Yong itu tidak diatasi.
Bagaimanapun, Salleh berharap UPKO tidak menjadikan satu "kesilapan kecil" oleh JPN berhubung taraf kerakyatan seorang penduduk Sabah sebagai alasan untuk keluar daripada Barisan Nasional.

"Kita tidak mahu ia menjadi isu besar sehingga menjejaskan kestabilan politik," katanya. Sambil menyifatkan kesilapan itu bukannya dilakukan oleh BN, Salleh berkata isu itu perlu ditangani dengan melihat kepada puncanya.

"Jika ia disebabkan kesilapan pegawai berkenaan, maka pegawai itu perlu ditukar. Begitulah juga jika ia disebabkan oleh dasar, maka dasar itu perlu ditukar," katanya. Sehubungan itu, Salleh menyeru kementerian berkenaan supaya mencari jalan terbaik mengatasi masalah itu.

http://sskeruak.blogspot.com/2008/09/salleh-cadang-kl-rombak-jpn-sabah.html

Sunday, September 21, 2008

Indigenous languages help to fight illiteracy

JAKARTA (JP):
The Education Ministry said the use of indigenouslanguages during a pilot project for teachers instructingstudents in informal schools had been conducted with somesuccess.
.
Dendy Sugono, the Ministry's language center director, told aforum here Monday the pilot project had included illiterateadults and had focused on reading and writing in BahasaIndonesia. He said the project had shown students could more easily learnto read and write in Indonesian if classroom teachings wereconducted in their "mother tongue".
.
The illiteracy rate in Indonesia was sitting at 7.2 percent,or some 11 million people in 2007. The government has aimed to reduce this figure by threemillion people in 2009, in line with the United Nation'sMillennium Development Goals to eradicate illiteracy by 2015. "We are running a pilot project in Subang, Banten, which seesadults learn Indonesian in Sundanese," Dendy said.
.
The forum was co-organized by the ministry, the United NationsEducational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), and the embassies of Bangladesh, India and Pakistan. The event was inline with International Mother Tongue Day, which falls every Feb.21. The use of indigenous languages as a mean of instruction wasinitiated by UNESCO, which also aims to preserve cultural andlinguistic diversity in education and to face the threat of locallanguage extinction.
.
Dendy said the use of local languages as a mean ofinstruction, however, was faced with challenges because of thelimited vocabularies of those languages.
.
"We have 746 indigenous languages and only very few are welldeveloped with enough vocabulary to express what we mean," hesaid. (lln/**)

Saturday, August 30, 2008

Penasihat, Presiden dan seluruh Ahli Majlis Tertinggi USBO mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 51 kepada seluruh Rakyat Malaysia khususnya Ahli-ahli dan rangkaian USBO di seluruh tanahair. Mudah-mudahan kita semua dapat menghayati erti kemerdekaan
MERDEKA,
MERDEKA,
MERDEKA.


USBO juga mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan, bulan Mubaraq. Mudah-mudahan bulan ini akan menguatkan semangat dan iltizam kita untuk melakukan amalan-amalan solehin dan menguatkan perpaduan di kalangan kita rakyat Malaysia.

Sunday, June 22, 2008

*MAJLIS TERTINGGI USBO 2008-2010
Penasihat : YB. Datuk Shafie Haji Afdal
Presiden : Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said.
Timbalan Presiden I : Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia
Timbalan Presiden II : Datuk Amir Kahar Tun Mustapha
Timbalan Presiden III : Pn. Chandramata Haji Sinteh
Naib Presiden I : Haji Norzain Haji Tawi
Naib Presiden II : Haji Mohamad Said Hinayat
Naib Presiden III : Abdul Rashid Alan
Naib Presiden IV : Datuk Haji Yusof Amat Jamli
Setiausaha Agung : Dr. Haji Liddy Salun
Bendahari Agung : Haji Mohd. Akhir Tikok
Ketua Penerangan : Kibin Haji Samad
Timbalan Setiausaha Agung : Jemil Haji Sidah

Ahli Majlis Tertinggi

  1. Mohamad Amir Haji Awid
  2. Marali Haji Adim
  3. Mohd Salim Gabot
  4. Haji Abdul Hamid Kalling
  5. Ramzah Haji Ahmad
  6. Mohd Hasnan Haji Abd. Ghani
  7. Norshima Simon
  8. Haji Juragan Samamin
  9. Dr. Mohd. Sharif
  10. Mohd. Yunin Atin
  11. Awang Rablah
  12. Musli Haji Oli
  13. Engineer Ajin Gagah @ Hazin
  14. .............................
  15. .............................
*Sedang dikemaskini

Saturday, June 21, 2008

PELBAGAI CABARAN GOLONGAN PERIBUMI

Artikel bertajuk Pelbagai Cabaran Peribumi yang dipetik oleh Dato Mazlan Nordin, konsultan kanan ISIS Malaysia diambil dari Utusan Malaysia bertarikh 23hb September, 2007. Ia merencana rintangan yang dihadapi oleh pendudok asli di seluroh dunia yang menghadapi tekanan dari kaum-kaum pendatang yang mendominasi bilangan, ekonomi, dan politik negeri asal mereka.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah pada 13 September lalu apabila meluluskan Deklarasi Hak-Hak Penduduk Asli di seluruh dunia yang kini berjumlah 370 juta orang.

Sejumlah 144 buah negara, termasuk Malaysia dan kesemua negara Asia (cuma Bangladesh yang berkecuali) mengundi. Hanya empat negara menentang, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Kanada.

Bilangan besar penduduk asli – juga dipanggil peribumi dan bumiputera – termasuk orang Maori di New Zealand, Red Indian di Amerika, Aborogini di Australia, Masai di Kenya dan Orang Asli di Malaysia.

Rundingan-rundingan mengenai deklarasi itu mengambil masa hampir 25 tahun lamanya. Antara kandungan penting:

* Penduduk asli tidak akan dipaksa pindah dari daerah-daerah tempat tinggal mereka. Pemindahan tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan terlebih dahulu atau bayaran ganti rugi yang saksama.

* Penduduk asli mempunyai hak menentukan nasib sendiri dan berhak mempunyai kuasa autonomi bersabit hal-hal tempatan, hasil-hasilnya yang telah mereka miliki secara tradisi.

* Penduduk asli mempunyai hak memelihara dan memajukan warisan budaya mereka dan kerajaan hendaklah mengaku hak- hak tersebut.

* Penduduk asli berhak memajukan segala tanah milik mereka. Tindakan atau keputusan bersifat diskriminasi tidak boleh dilakukan ke atas mereka.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon menyifatkan deklarasi itu sebagai “suatu kemenangan bagi penduduk asli di seluruh dunia.” Sementara itu kecaman ditujukan terhadap negara-negara yang menentang.


Antara lain ialah kenyataan Arthur Manuel, pemimpin Orang Asli Kanada: “Kesemua kekayaan Amerika, Kanada dan lain- lain negara moden dibina atas kemiskinan dan pencabulan hak-hak asli peribumi.” Beliau lalu mengecam empat negara yang menentang resolusi demokrasi itu sebagai “hipokrit.”

Diterima oleh tukang catat ini beberapa hari lalu ialah laporan dari akhbar Amerika Honolulu Advertiser tersebut hak-hak penduduk asli pulau Hawaii (Native Hawaiians). Ia terkandung dalam sebuah rang undang- undang yang menetapkan pelbagai hak mereka.

Queen Liliuokalani diguling oleh kaum pendatang apabila mahu membawa perlembagaan yang memulihkan politik tradisi Hawaii melalui Raja-Raja

Kepulauan Hawaii jatuh kepada kuasa Amerika berikutan penggulingan Queen Liliuokalani pada tahun 1893. Pada tahun 1898 ketika berlaku peperangan dengan Sepanyol, tentera Amerika dikirim ke Filipina. Hawaii menjadi pangkalan penting Amerika ketika itu.

Pada suatu ruang ialah hujah menyokong rang undang-undang tersebut dan pada ruangan lain pelbagai kritik terhadapnya. Peguam Negara Hawaii, bernama Mark Bennett menganggapnya sebagai sesuatu yang memberi penghormatan sewajarnya kepada peribumi Hawaii.

Menurutnya rang undang-undang itu adil, saksama, selaras dengan perlembagaan dan telah tiba masa begitu lama untuk diluluskan. Ia memberi kepada peribumi Hawaii hak-hak yang telah pun diberi kepada golongan Red Indian dan penduduk asli Alaska.

Rang undang-undang itu membuka jalan untuk rundingan di antara kerajaan Amerika, wakil-wakil negeri Hawaii dan penduduk asli.

Bennett mendakwa bahawa rang undang-undang itu telah mendapat sokongan kuat Gabenor Hawaii dan Timbalannya serta sokongan tiap ahli majlis undangan, datuk-datuk bandar dan majlis-majlis perbandaran.

Beliau menambah: “Ia berlaku adil dan saksama kepada tiap peringkat kerana tidak ada sebab untuk melayan penduduk asli Hawaii sebagai warga kelas dua.”

Beliau menolak alasan bahawa rang undang-undang itu berlaku pilih kasih terhadap sesuatu kaum kerana Kongres Amerika selama hampir satu abad lamanya telah pun meluluskan lebih 100 undang-undang.

Bennett menuduh pihak-pihak yang menentang cuba menggagalkan program perumahan penduduk asli Hawaii dan menghentikan pelbagai kemudahan pelajaran dan kesihatan kepada mereka.

“Penduduk asli Hawaii tidak menuntut layanan istimewa. Mereka cuma mahu status sama dengan penduduk asli lain,” tegas beliau lagi.

Kecaman disuarakan oleh seorang bernama Roger Clegg, Presiden Pusat Peluang Sama dari wilayah lain. Beliau mendakwa bahawa penduduk asli kelak akan menuntut pelbagai kelebihan dari segi ekonomi dan kuasa politik. Menurutnya lagi, Amerika terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa. Oleh itu tidak wajar sesuatu kaum diberi kelebihan.

Rang undang-undang tersebut dibentang kepada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat Amerika.

Jelas bahawa golongan penduduk asli menghadapi pelbagai cabaran. Menurut laporan televisyen CNN, New Zealand menentang deklarasi tersebut kerana “bertentangan dengan undang-undang negara.” Walhal bangsa Maori kini berupa golongan minoriti (9 peratus) dan yang majoriti ialah pendatang kulit putih (87 peratus). Demikian nasib sesetengah peribumi.

Komen:
Dari perspektif Malaysia, orang-orang Melayu dan orang-orang Asli dianggap sebagai orang Bumiputera atau Pribumi dan seharusnya mendapat keistimewaan hak-hak Bumiputera. Selain hak-hak itu, kebajikan orang-orang Asli mendapat perhatian istimewa dengan sebuah jabatan kerajan khusus untuk tujuan ini bernama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah wujud lama. Namun memajukan kaum orang-orang Asli menghadapai rintangan yang tertentu dan pembangunan yang dibawa oleh kaum-kaum kapitalis sudah mula meniris habitat mereka.

Disebabkan kemunduran orang Asli dari kacamata kaum-kaum aliran utama, pihak-pihak penentang hak-hak keistimewaan peribumi sering menggunakan kemunduran dan sejarah anthropology kaum orang Asli sebagai alasan tuntutn kesamarataan mereka. Kononnya orang Melayu tidk berhap dan orang Asli lebih berhak. Padahal dengan menidakkan hak-hak keperibumian kaum Melayu bermakna menidakkan juga hak-hak keperibumian orang-orang Asli kerana orang Melayu dan orang Asli adalah kaum-kaum asal Nusantara Melayu. Perlembagaan Malaysia dan sosial kontrak meletakkan hak-hak orang Asli sama dengan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera lain.

Orang Melayu

Dari segi sejarah, simbiosis dan hubungan budaya antara orang Melayu dan orang Asli amat rapat sekali. Di zaman-zaman hasil-hasil hutan menjadi sebahagian dari bahan dagangan pelabohan-pelabohan di Melaka dan lain-lain pelabohan di Tanah Melayu pada abad-abad 16, orang Melayu dan orang Asli sudah ada pertalian rapat dalam ekonomi. Dari segi politik, perbincangan mengenai penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946 membabitkan orang Asli. Persatuan orang-orang Asli menghantar wakil dan berucap serta sama-sama menubuhkan UMNO. Walaupun pembabitan mereka dalam UMNO begitu minima sekali hari ini, malah boleh dianggap tiada selepas itu, orang Asli menerima hakikat orang Melayu sebagai paksi ketamadunan nusantara.

Maka, penggiat-penggiat perkauman dari kalangan kaum-kaum tertentu tidak perlulah mahu mencari alasan lagi. Yang tersurat dan tersirat disebalik tuntutan mu itu jelas dan terang. Sebagaimana ketirisan atas kewujudan kesemua peribumi oleh kaum-kaum pendatang di dunia, begitu juga yang akan berlaku. Apa yang mereka tuntut adalah suatu hak yang diperakui dunia.

Syukur kuasa politik di kuasai peribumi. Bayangkan nasib kaum Peribumi, jika ianya tidak. Bayangkan jika pemasukkan tanpa batas terus dibiarkan British. Setelah British menyedari kesan ekonomi, keselamatan dan sosial terhadap Malaya, mereka mula menahan kemasukkan pendatang pada tahun-tahun 1940an. Itu pun mereka ditentang keras oleh kaum-kaum pendatang ini. Dimana rasional orang Cina dan India yang berada di negeri asal mereka boleh mempunya hak untuk berhijrah dan bermastautin di sini. Itulah disebalik penentangan mereka kepada polisi British itu?

Dikasi betis hendak peha. Anihnya mereka mengakui itu adalah hak mereka dan penghapusan hak peribumi dikatakan memenuhi nilai sejagat dan bagi Hawaiichee, nilai rohani dan ketuhanan. Dasar pembelit dan perompak!

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP