
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan yang dihadiri lebih 400 orang. Menyambut ketibaan para tetamu dan jemputan termasuk Presiden Usbo, Datuk Seri Salleh Said.
Dalam ucapannya, Salleh berkata matlamat utama penganjuran majlis ini adalah untuk mengisi dana Usbo dan untuk digunakan bagi melaksanana pelbagai kegiatan dan aktiviti yang telah dirancangkan. "Menerusi acara sebegini, ia bukan saja mengeratkan persefahaman dan memperkukuhkan jalinan silaturahim antara satu sama lain, tetapi juga menjadi pentas terbaik mengetengahkan warisan senibudaya rumpun masyarakat kita.
"Dengan demikian, ia secara langsung mendukung gagasan pimpinan kerajaan mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu, dinamik dan progresif, sekali gus merealisasikan slogan 1Malaysia," katanya.
Sehubungan itu, Salleh berkata pihaknya bercadang membawa program berkenaan ke Kuala Lumpur pada masa akan datang, bagi mengangkat warisan budaya rumpun masyarakat Bajau ke pentas nasional.